Perbadanan Stadium Malaysia 2010 · Updated to 1 Dec 2016 · Bahagian IV · Kewangan
20. Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang
Feedback & supportKumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:
membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan secara sah oleh Perbadanan, termasuk—
saraan, elaun dan perbelanjaan lain anggota
Perbadanan dan mana-mana jawatankuasa dan pegawai dan pekhidmat Perbadanan termasuk pemberian pinjaman dan bayaran pendahuluan, elaun persaraan, faedah persaraan, pencen dan gratuiti;
perlindungan insurans bagi pegawai dan pekhidmat Perbadanan;
kos yang ditanggung dalam memberikan bantuan bagi kebajikan pegawai dan pekhidmat
Perbadanan;
fi dan kos perundangan dan apa-apa fi dan kos lain;
membayar apa-apa belanja, kos dan perbelanjaan lain yang dilakukan atau disetujui terima secara sah oleh
Perbadanan dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;
membeli atau menyewa loji, kelengkapan, jentera dan bahan, memperoleh tanah dan aset lain, mendirikan bangunan dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;
Perbadanan Stadium Malaysia 23
memberikan bantuan kewangan di bawah seksyen 18;
dan
secara amnya membayar apa-apa belanja bagi menguatkuasakan peruntukan-peruntukan Akta ini.