Perbadanan Stadium Malaysia 2010 · Updated to 1 Dec 2016 · Bahagian IV · Kewangan
25. Akaun dan laporan
Feedback & supportPerbadanan hendaklah menyebabkan supaya akaun yang sewajarnya bagi Kumpulan Wang disimpan dan hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan supaya disediakan bagi tahun kewangan itu suatu penyata akaun Perbadanan yang hendaklah mengandungi suatu kunci kira-kira dan akaun pendapatan dan perbelanjaan.