Skip to content

Seksyen 34

Kewajipan untuk mengekalkan kerahsiaan

of Akta Perbadanan Stadium Malaysia Act 2010

ActIn forceProvision 34 of 49
Seksyen 34
(1)

Kecuali bagi maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, tiada anggota, pegawai atau pekhidmat Perbadanan, atau mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Perbadanan atau jawatankuasa boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang telah diperolehnya semasa melaksanakan kewajipannya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Perbadanan Stadium Malaysia 27