Skip to content

Seksyen 35

Perlindungan terhadap tindakan guaman dan prosiding undang-undang

of Akta Perbadanan Stadium Malaysia Act 2010

ActIn forceProvision 35 of 49
Seksyen 35

Tindakan tidak boleh diambil atau pendakwaan tidak boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap—

(a)

Perbadanan;

(b)

mana-mana anggota Perbadanan, mana-mana anggota jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Perbadanan; atau

(c)

mana-mana orang lain yang bertindak dengan sah bagi pihak Perbadanan, berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati atas sifat yang sedemikian.

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948