Skip to content

Seksyen 33

Ketua Eksekutif

of Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997

ActIn forceProvision 37 of 64
Seksyen 33
(1)

Lembaga, dengan kelulusan Menteri, boleh melantik seseorang, bergelar “Ketua Eksekutif”, menjadi pegawai eksekutif utama Perbadanan dan meletakhakkan padanya apa-apa kuasa dan mengenakan ke atasnya apa-apa kewajipan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

(2)

Ketua Eksekutif adalah bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan fungsi dan hal ehwal hari ke hari Perbadanan pada keseluruhannya.

(3)

Ketua Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai dan pekhidmat Perbadanan.

(4)

Ketua

Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Perbadanan atau Menteri dari semasa ke semasa.

(5)

Dalam menunaikan kewajipannya,

Ketua

Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan mengikut arahan am

Lembaga.

(6)

Jika Ketua Eksekutif tidak ada di Malaysia buat sementara atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain untuk melaksanakan kewajipannya, Lembaga boleh mengarahkan mana-mana pegawai lain untuk menjalankan kewajipan Ketua Eksekutif semasa Ketua Eksekutif tidak ada atau tidak berupaya buat sementara itu.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 33