Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2013Read it in English

Bahagian VI · Pengerusi, Pegawai, Pekhidmat

46. Perlindungan daripada liabiliti diri

Feedback & support

Tiada seorang pun anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasa, atau pegawai, pekhidmat atau ejen Perbadanan boleh menanggung apa-apa liabiliti diri bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau peninggalan dalam melaksanakan kuasa atau kewajipannya di bawah Akta ini melainkan jika kerugian atau kerosakan itu disebabkan oleh perbuatan atau peninggalan salah yang disengajakan olehnya.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 35

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

Report