Akta Perdagangan Elektronik 2006 · Updated to 1 Nov 2012 · Bahagian IV · Komunikasi Mesej Elektronik
22. Tempat pengiriman
Feedback & supportMelainkan jika dipersetujui selainnya antara pemula dengan penerima, suatu mesej elektronik disifatkan dihantar dari tempat perniagaan pemula, dan—
(a)
jika pemula mempunyai lebih daripada satu tempat perniagaan, dari tempat perniagaan yang mempunyai hubungan yang terdekat dengan urus niaga itu atau jika tiada tempat perniagaan yang mempunyai hubungan terdekat dengan urus niaga itu, dari tempat utama perniagaan pemula; atau
(b)
jika pemula tidak mempunyai suatu tempat perniagaan, dari tempat tinggal biasa pemula.