Akta Perdagangan Elektronik 2006 · Updated to 1 Nov 2012 · Bahagian IV · Komunikasi Mesej Elektronik
23. Tempat penerimaan
Feedback & supportMelainkan jika dipersetujui selainnya antara pemula dengan penerima, suatu mesej elektronik disifatkan diterima di tempat perniagaan penerima, dan—
(a)
jika penerima mempunyai lebih daripada satu tempat perniagaan, di tempat perniagaan yang mempunyai hubungan yang terdekat dengan urus niaga itu dan jika tiada tempat perniagaan yang mempunyai hubungan terdekat dengan urus niaga itu, dari tempat utama perniagaan penerima; atau
(b)
jika penerima tidak mempunyai suatu tempat perniagaan, dari tempat tinggal biasa penerima.