Seksyen 51
Notis bagi penzahiran maklumat
of Akta Perdagangan Strategik 2010
Pengawal atau Pihak Berkuasa yang berkenaan boleh menghantar notis kepada mana-mana orang yang Pengawal atau Pihak
Berkuasa yang berkenaan mempercayai atas alasan munasabah mempunyai maklumat atau dokumen yang relevan dengan penguatkuasaan Akta ini yang berhubungan dengan barang strategik, barang tidak tersenarai atau aktiviti terhad, untuk meminta orang itu mengemukakan maklumat atau dokumen itu kepada Pengawal atau
Pihak Berkuasa yang berkenaan.
(2)
Seseorang yang menerima suatu notis yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah mengemukakan maklumat dan dokumen yang diminta kepada Pengawal atau Pihak Berkuasa yang berkenaan dalam bentuk yang ditetapkan dan dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu.
58 Undang-Undang Malaysia AKTA 708
(3)
Seseorang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dengan kedua-duanya.