Skip to content

Seksyen 52

Maklumat dilindungi dan sulit

of Akta Perdagangan Strategik 2010

ActIn forceProvision 55 of 61
Seksyen 52
(1)

Apa-apa maklumat dan dokumen yang diperoleh menurut

Akta ini atau menurut kuasa Akta ini berhubungan dengan barang strategik, barang tidak tersenarai atau aktiviti terhad dilindungi dan sulit.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), maklumat dan dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) tidak dilindungi atau sulit jika maklumat dan dokumen itu dikehendaki untuk dizahirkan atau diberitahu bagi maksud kepentingan negara, keselamatan negara atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

(3)

Tiada seorang pun yang memegang maklumat atau dokumen dilindungi atau sulit boleh dengan pengetahuan, tanpa persetujuan secara bertulis orang yang daripadanya maklumat atau dokumen itu diperoleh, memberitahunya atau membenarkannya diberitahu kepada mana-mana orang, atau membenarkan mana-mana orang mempunyai akses kepadanya, kecuali bagi maksud penguatkuasaan Akta ini.

(4)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, tiada seorang pun boleh dikehendaki, berkaitan dengan mana-mana prosiding undang-undang, untuk mengemukakan apa-apa pernyataan atau rekod lain yang mengandungi maklumat atau dokumen yang dilindungi atau sulit, atau untuk memberikan keterangan berhubungan dengannya, melainkan jika prosiding itu berhubung dengan penguatkuasaan Akta ini.