Skip to content

Seksyen 54

Perlindungan Kerajaan, dsb. daripada liabiliti

of Akta Perdagangan Strategik 2010

ActIn forceProvision 57 of 61
Seksyen 54
(1)

Kerajaan, Pengawal atau Pihak Berkuasa yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak dikehendaki menanggung apa-apa kerugian yang ditanggung berkenaan dengan apa-apa barang strategik atau barang tidak tersenarai disebabkan kebakaran, kecurian, kerosakan atau apa-apa sebab lain semasa barang strategik atau barang tidak tersenarai itu berada dalam mana-mana gudang kastam atau dalam jagaan atau kawalan sah pegawai diberi kuasa melainkan jika kerugian itu disebabkan oleh keabaian yang disengajakan, atau kegagalan pegawai diberi kuasa.

(2)

Tiada seorang pun pegawai diberi kuasa boleh dikehendaki menanggung apa-apa kerugian yang ditanggung berkenaan dengan apa-apa barang strategik atau barang tidak tersenarai disebabkan kebakaran, kecurian, kerosakan atau apa-apa sebab lain semasa barang strategik atau barang tidak tersenarai itu berada dalam mana-mana gudang kastam atau dalam jagaan atau kawalan sah pegawai diberi kuasa itu melainkan jika kerugian itu disebabkan oleh keabaian yang disengajakan, atau kegagalan pegawai diberi kuasa itu.