Skip to content

Seksyen 56A

Kuasa untuk memerintahkan pematuhan

of Akta Perihal Dagangan 2011

ActIn forceProvision 59 of 74
Seksyen 56A
(1)

Jika Pengawal mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa seseorang sedang melanggar, telah melanggar atau akan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini, Pengawal boleh membuat perintah menghendaki orang itu untuk menghentikan pelanggaran itu, menahan diri daripada pelanggaran itu atau menahan diri daripada apa-apa pelanggaran lanjut.

(2)

Sesalinan perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)

hendaklah disampaikan kepada tiap-tiap orang yang dinamakan dalam perintah itu dan perintah itu hendaklah berkuat kuasa sebaik selepas perintah itu disampaikan.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, penyampaian boleh dibuat melalui penyampaian ke diri atau melalui pos berdaftar Akuan Terima, pengiriman faksimili atau apa-apa cara penghantaran lain yang menyebabkan perintah itu dihantar secara bertulis kepada orang yang dinamakan dalamnya.

(4)

Kuasa untuk membuat perintah di bawah subseksyen (1)

boleh dijalankan oleh Pengawal sendiri atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengawal.

(5)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa perintah yang dikeluarkan di bawah seksyen ini oleh Pengawal atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengawal melakukan suatu kesalahan.

52 Undang-Undang Malaysia AKTA 730