Skip to content

Seksyen 63

Pengkompaunan kesalahan

of Akta Perihal Dagangan 2011

ActIn forceProvision 66 of 74
Seksyen 63
(1)

Pengawal boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini dengan menerima daripada orang yang melakukan kesalahan itu, suatu jumlah wang yang tidak melebihi denda maksimum bagi kesalahan itu dalam apa-apa masa yang dinyatakan dalam tawaran kompaun itu.

(2)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau dalam apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh

Pengawal, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada habis tempoh masa yang ditetapkan dalam tawaran terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(3)

Apabila diterima bayaran di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh diambil terhadap orang itu berkenaan dengan kesalahan itu.

Perihal Dagangan 55

(4)

Pengawal boleh melucuthakkan atau memulangkan barang-barang yang disita semasa kes itu apabila diterima bayaran di bawah subseksyen (1).

(5)

Semua wang yang diterima di bawah subseksyen (1)

hendaklah dibayar ke dalam

Kumpulan

Wang

Disatukan

Persekutuan.