Akta Perihal Dagangan 2011 · Updated to 11 Jan 2022 · Bahagian VIII
58. Eksperimen penyelidikan pasaran
Feedback & supportDalam seksyen ini “eksperimen penyelidikan pasaran”
ertinya apa-apa aktiviti yang dijalankan bagi maksud menentukan pendapat orang (disebut dalam seksyen ini sebagai “peserta”)
tentang—
apa-apa barang;
apa-apa benda yang dalamnya, atasnya atau dengannya barang-barang itu dibekalkan;
rupa atau apa-apa ciri lain barang-barang itu atau sesuatu benda itu; atau
nama atau perihal yang atasnya barang-barang itu dibekalkan.
Seksyen ini terpakai bagi apa-apa eksperimen penyelidikan pasaran yang berkenaan dengannya syarat yang berikut dipenuhi:
bahawa mana-mana peserta yang kepadanya apa-apa barang dibekalkan dalam penjalanan eksperimen itu diberitahu, pada atau sebelum masa barang-barang itu dibekalkan kepadanya, bahawa barang-barang itu dibekalkan bagi sesuatu maksud sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1); dan
bahawa tiada balasan berupa wang atau nilai wang diberikan oleh seorang peserta bagi barang-barang itu atau apa-apa barang yang dibekalkan kepadanya untuk perbandingan.
Perihal Dagangan 53
Seksyen 5 dan 28 tidak terpakai berhubung dengan barang-barang yang dibekalkan atau ditawarkan untuk dibekalkan, sama ada kepada seorang peserta atau mana-mana orang lain, dalam penjalanan eksperimen penyelidikan pasaran yang seksyen ini terpakai baginya.