Akta Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2011 · As enacted · Bahagian II · Bahagian II Akta ibu dipinda dengan menggantikan tajuk "LIABILITI SIVIL BAGI PENCEMARAN MINYAK" dengan tajuk "LIABILITI SIVIL BAGI PENCEMARAN MINYAK DAN MINYAK
Akta Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2011 · As enacted · Bahagian II · Bahagian II Akta ibu dipinda dengan menggantikan tajuk "LIABILITI SIVIL BAGI PENCEMARAN MINYAK" dengan tajuk "LIABILITI SIVIL BAGI PENCEMARAN MINYAK DAN MINYAK
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Berhubung dengan suatu kapal yang dipunyai oleh sesuatu Negara dan yang pada masa ini digunakan bagi maksud komersial—
subseksyen 11(2) dipatuhi dengan mencukupi jika ada berkuat kuasa suatu perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkenaan
Negara itu dan yang menunjukkan bahawa kapal itu dipunyai oleh Negara itu dan bahawa apa-apat liabiliti bagi kerosakan pencemaran sebagaimana yang ditafsirkan dalam Perkara 1 Konvensyen Liabiliti akan dipenuhi sehingga takat batasan yang ditetapkan oleh Perkara V Konvensyen itu; atau
subseksyen 11A(2) dipatuhi dengan mencukupi jika ada berkuat kuasa suatu perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkenaan Negara itu dan yang menunjukkan bahawa kapal itu dipunyai oleh Negara itu dan bahawa apa-apa liabiliti bagi kerosakan pencemaran sebagaimana yang ditafsirkan dalam Perkara 1 Konvensyen Bunkers akan dipenuhi sehingga takat batasan yang dinyatakan dalam Bab II Konvensyen mengenai Pembatasan Liabiliti untuk Tuntutan Maritim 1976 sebagaimana dipinda oleh Protokol 1996 untuk meminda Konvensyen mengenai Pembatasan Liabiliti untuk Tuntutan Maritim 1976, dan yang dinyatakan dalam Jadual Keenam belas Ordinan Perkapalan Saudagar 1952."; dan
dalam subseksyen (3)—
dengan memasukkan selepas perkataan "Konvensyen Liabiliti" perkataan "atau Konvensyen Bunkers"; dan
dengan memasukkan selepas perkataan "seksyen 3" perkataan "atau $ 3{\mathrm{A}} $ , masing-masing".
Pindaan seksyen 23