Akta Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) (Pindaan) 2011 · As enacted · Bahagian II · Bahagian II Akta ibu dipinda dengan menggantikan tajuk "LIABILITI SIVIL BAGI PENCEMARAN MINYAK" dengan tajuk "LIABILITI SIVIL BAGI PENCEMARAN MINYAK DAN MINYAK

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika pemunya sesuatu kapal menanggung liabiliti di bawah seksyen 3A berkenaan dengan mana-mana satu insiden, peruntukan yang berhubungan dengan pembatasan liabiliti pemunya kapal dalam hal kerugian atau kerosakan tertentu di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan perkapalan saudagar tidaklah terpakai bagi liabiliti itu.
Pemunya sesuatu kapal yang menanggung liabiliti di bawah seksyen 3A boleh membataskan liabilitinya mengikut Konvensyen mengenai Pembatasan Liabiliti untuk Tuntutan Maritim 1976 sebagaimana dipinda oleh Protokol 1996 untuk meminda Konvensyen mengenai Pembatasan Liabiliti untuk Tuntutan Maritim 1976, seperti yang dinyatakan dalam Jadual Keenam belas Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.
Jika dibuktikan bahawa kerosakan pencemaran berlaku akibat daripada tindakan atau peninggalan pemunya kapal itu, yang dilakukan dengan niat untuk menyebabkan kerosakan itu, atau secara melulu dan dengan mengetahui bahawa kerosakan itu mungkin berlaku, dia tidak berhak untuk membataskan liabilitinya di bawah subseksyen (2)."
Pindaan seksyen 7