Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perkhidmatan Bersama
(Pegawai Hal Ehwal Islam) 1997 dan hendaklah mula berkuat kuasa
6 Undang-undang Malaysia AKTA 573
pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta.
(2)
Akta ini hendaklah terpakai hanya bagi Wilayah-Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan dan Negeri Melaka, Negeri
Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor.
(3)
Walau apa pun subseksyen (2), jika mana-mana Negeri lain membuat permintaan kepada
Kerajaan
Persekutuan supaya pemakaian Akta ini diperluas kepadanya, Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta memperluas pemakaian Akta ini kepada Negeri itu.
Tafsiran