Amendment Act · As enacted
Akta Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2018
Feedback & supportAmends the Fire Services Act 1988Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perkhidmatan Bomba
(Pindaan) 2018.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.
s 2Pindaan tajuk panjang
Akta Perkhidmatan Bomba 1988 [Akta 341], yang disebut
“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “harta daripada risiko kebakaran” perkataan “atau kecemasan”.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA PERKHIDMATAN BOMBA (PINDAAN) 2018
Undang-Undang Malaysia 4
s 3Pindaan seksyen 2
Seksyen 2 Akta ibu dipinda—
dalam takrif “kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran”—
dalam perenggan (f), dengan memotong perkataan
“atau” di hujung perenggan itu;
dalam perenggan (g), dengan memasukkan selepas koma bernoktah di hujung perenggan itu perkataan
“atau”; dan
dengan memasukkan selepas perenggan (g) perenggan yang berikut:
“(h) mengawal merebaknya asap akibat daripada kebakaran;”;
dengan memasukkan selepas takrif “kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran” takrif yang berikut:
‘ “kenderaan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987
[Akta 333];’;
dengan memasukkan selepas takrif “notis” takrif yang berikut:
‘ “Pasukan Bomba Sukarela” ertinya Pasukan Bomba
Sukarela yang ditubuhkan di bawah seksyen 4b;’;
dalam takrif “Pegawai Kanan Bomba”, dengan menggantikan perkataan “Penolong Penguasa” dengan perkataan
“Penolong Penguasa Bomba”;
dengan memasukkan selepas takrif “pemunya” takrif yang berikut:
‘ “Pendaftar” ertinya Ketua Pengarah;’; dan
Perkhidmatan Bomba (Pindaan)
dalam takrif “tugas khas”, dengan menggantikan perkataan
“pegawai diberi kuasa” dengan perkataan “Pegawai
Bomba, Pegawai Bomba Bantuan atau Pegawai Bomba
Sukarela”.
s 4Pindaan seksyen 3
Seksyen 3 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (2), dengan memotong perkataan
“Penolong Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat,”;
dalam subseksyen (4), dengan memotong perkataan
“, Penolong Ketua Pengarah,”;
dalam subseksyen (6), dengan menggantikan perkataan
“dan Pegawai Bomba Bantuan” dengan perkataan
“, Pegawai Bomba Bantuan dan Pegawai Bomba
Sukarela”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (6) subseksyen yang berikut:
“(7) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual Kedua.”.
s 5Pindaan seksyen 4
Seksyen 4 Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan memotong perkataan “Pelantikan”;
dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Ketua Pengarah boleh menaikkan pangkat
Pegawai Bomba Bantuan.”.
Undang-Undang Malaysia 6
s 6Seksyen baharu 4a, 4b, 4c dan 4d
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 4
seksyen yang berikut:
“Pegawai Bomba Sukarela 4a. (1) Ketua Pengarah boleh, dengan persetujuan Menteri, melantik beberapa orang Pegawai Bomba Sukarela atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan.
Ketua Pengarah boleh menaikkan pangkat Pegawai
Bomba Sukarela.
Ketua Pengarah boleh menamatkan pelantikan yang dibuat di bawah subseksyen (1).
Pegawai Bomba Sukarela tidak boleh dibayar apa-apa saraan selain apa-apa elaun sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, dengan persetujuan Menteri Kewangan.
Pegawai Bomba Sukarela hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan langsung Ketua Pengarah.
Penubuhan Pasukan Bomba Sukarela 4b. (1) Suatu Pasukan Bomba Sukarela yang mengandungi sekurang-kurangnya dua orang Pegawai Bomba Sukarela boleh memohon untuk didaftarkan dengan Pendaftar.
Pendaftar boleh, selepas menimbangkan permohonan di bawah subseksyen (1), meluluskan atau menolak permohonan itu.
Pendaftar hendaklah, apabila meluluskan pendaftaran
Pasukan Bomba Sukarela, menetapkan suatu kawasan jagaan kepada Pasukan Bomba Sukarela.
Bagi maksud seksyen ini, “kawasan jagaan” ertinya suatu kawasan yang penyelamatan dan bantuan disediakan sekiranya berlaku kebakaran.
Perkhidmatan Bomba (Pindaan)
7
Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar 4c. (1) Pendaftar hendaklah menyenggara suatu daftar Pegawai
Bomba Sukarela dan suatu daftar Pasukan Bomba Sukarela.
Daftar itu hendaklah mengandungi—
nama dan apa-apa butiran lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar bagi tiap-tiap Pegawai
Bomba Sukarela yang dilantik dan tiap-tiap Pasukan
Bomba Sukarela yang berdaftar dan kawasan jagaannya; dan
nama dan apa-apa butiran lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar bagi tiap-tiap Pegawai
Bomba Sukarela yang pelantikannya ditamatkan dan tiap-tiap Pasukan Bomba Sukarela yang pendaftarannya telah dibatalkan.
Pendaftar boleh melantik seorang Timbalan Pendaftar dan beberapa orang Penolong Pendaftar dari kalangan Pegawai
Bomba yang hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan
Pendaftar.
Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa dan menjalankan fungsi yang diberikan kepadanya oleh Akta ini, dan semasa ketiadaannya kuasa dan fungsi itu boleh dijalankan oleh
Timbalan Pendaftar.
Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar boleh menjalankan semua kuasa dan fungsi yang diberikan kepada
Pendaftar oleh atau di bawah Akta ini, tertakluk kepada apa-apa sekatan yang boleh dikenakan oleh Pendaftar.
Rayuan 4d. Apabila suatu pelantikan seorang Pegawai Bomba
Bantuan atau Pegawai Bomba Sukarela ditamatkan oleh Ketua
Pengarah, suatu rayuan sebagaimana yang ditetapkan, boleh dibuat kepada Menteri.”.
Undang-Undang Malaysia 8
s 7Pindaan seksyen 6
Subseksyen 6(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “dan Pegawai Bomba Bantuan” dengan perkataan
“, Pegawai Bomba Bantuan dan Pegawai Bomba Sukarela”.
s 8Seksyen baharu 7a dan 7b
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 7
seksyen yang berikut:
“Pengurniaan pingat atau pangkat kehormat 7a. Ketua Pengarah boleh menentukan perkara yang berhubungan dengan pengurniaan pingat atau pangkat kehormat kepada mana-mana orang yang difikirkannya sesuai.
Perintah tetap 7b. Ketua Pengarah boleh mengeluarkan perintah tetap bagi kawalan, arahan dan maklumat am Pegawai Bomba,
Pegawai Bomba Bantuan dan Pegawai Bomba Sukarela di bawah Akta ini.”.
s 9Pindaan seksyen 18
Seksyen 18 Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan
“Pegawai Bomba” perkataan “atau Pegawai Bomba
Bantuan”;
dalam subseksyen (1)—
dengan memasukkan selepas perkataan “Pegawai
Bomba” perkataan “atau Pegawai Bomba Bantuan”;
dalam perenggan (e), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan koma bernoktah; dan
Perkhidmatan Bomba (Pindaan)
dengan memasukkan selepas perenggan (e) perenggan yang berikut:
“(f) mengeluarkan atau mengarahkan pemindahan bahan mudah terbakar, letupan atau berbahaya di dalam atau di sekitar premis;
menutup atau memutuskan atau mengarahkan mana-mana orang yang mempunyai kawalan untuk menutup atau memutuskan apa-apa bekalan tenaga termasuk bekalan gas, bekalan bahan api atau bekalan elektrik di dalam atau di sekitar premis; dan
mengeluarkan, dengan paksa jika perlu, mana-mana kenderaan atau objek yang menggalang kerja Jabatan Bomba dan
Penyelamat.”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Bagi maksud perenggan (1)(e), tiada bayaran boleh dikenakan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa air kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi penggunaan air dalam menjalankan tugas mereka di bawah Akta ini.”.
s 10Seksyen baharu 18a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 18
seksyen yang berikut:
“Kuasa mendapatkan maklumat 18a. (1) Bagi maksud perenggan 5(1)(b), seorang Pegawai
Bomba boleh, melalui notis secara bertulis yang disampaikan kepada seseorang, menghendaki orang itu—
untuk memberikan semua maklumat yang berhubungan dengan kebakaran; dan
Undang-Undang Malaysia 10
untuk hadir di hadapan seorang Pegawai Bomba untuk memberikan pernyataan lisan dan Pegawai
Bomba hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan, mengubah penyataan lisan itu ke dalam bentuk bertulis.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.”.
s 11Pindaan seksyen 20
Seksyen 20 Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “dan
Pegawai Bomba Bantuan” dengan perkataan “, Pegawai
Bomba Bantuan dan Pegawai Bomba Sukarela”; dan
dengan menggantikan perkataan “atau Pegawai Bomba
Bantuan” dengan perkataan “, Pegawai Bomba Bantuan atau Pegawai Bomba Sukarela”.
s 12Seksyen baharu 27a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 27
seksyen yang berikut:
“Organisasi keselamatan kebakaran di premis ditetapkan 27a. (1) Pemunya, penghuni atau orang yang mempunyai pengurusan sepenuhnya ke atas premis ditetapkan hendaklah menubuhkan suatu organisasi keselamatan kebakaran.
Mana-mana pemunya, penghuni atau orang yang mempunyai pengurusan sepenuhnya ke atas premis ditetapkan yang tidak mematuhi subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”.
Perkhidmatan Bomba (Pindaan)
s 13Pindaan seksyen 29
Seksyen 29 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan
“kemudahan keselamatan diri, pencegahan kebakaran, perlindungan kebakaran dan menentang kebakaran yang mencukupi, mengikut mana-mana yang berkenaan,”
dengan perkataan “kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran”; dan
dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan
“kemudahan” dengan perkataan “kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran”.
s 14Pindaan seksyen 32
Seksyen 32 Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan
“kemudahan keselamatan, dsb.” dengan perkataan
“kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran”;
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“kemudahan keselamatan diri, pencegahan kebakaran, perlindungan kebakaran dan menentang kebakaran”
dengan perkataan “kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran”;
dalam subseksyen (3)—
dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “facilities” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “fire-fighting equipment or fire safety installation”; dan
dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “kemudahan” dan “kelengkapan”, masing-masing dengan perkataan “kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran”; dan
Undang-Undang Malaysia 12
dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan
“kemudahan” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan
“kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran”.
s 15Pindaan seksyen 33
Seksyen 33 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “kesalahan” perkataan “dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya”.
s 16Pindaan seksyen 45
Seksyen 45 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:
“Suruhanjaya Siasatan Kebakaran”; dan
dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “mana-mana orang atau beberapa orang”
perkataan “untuk membentuk suatu suruhanjaya dan”.
s 17Pindaan seksyen 51
Seksyen 51 Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan
“Pegawai Bomba” perkataan “, Pegawai Bomba Bantuan atau Pegawai Bomba Sukarela”;
dengan menggantikan perkataan “atau Pegawai Bomba
Bantuan” dengan perkataan “, Pegawai Bomba Bantuan atau Pegawai Bomba Sukarela”;
dengan menggantikan perkataan “pegawai penjaga” dengan perkataan “Pegawai Bomba”; dan
Perkhidmatan Bomba (Pindaan)
dengan memasukkan selepas perkataan “melakukan suatu kesalahan” perkataan “dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”.
s 18Pindaan seksyen 56
Seksyen 56 Akta ibu dipinda, dengan memasukkan selepas perkataan “suatu kesalahan” perkataan “dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya”.
s 19Seksyen baharu 61a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 61
seksyen yang berikut:
“Kewajipan untuk memberitahu jika berlakunya kebakaran 61a. Jika berlakunya kebakaran ke atas mana-mana premis, kenderaan atau vesel, pemunya premis, kenderaan atau vesel, atau penghuni atau orang yang mempunyai pengurusan sepenuhnya ke atas premis itu, hendaklah dengan serta-merta memberitahu berlakunya kebakaran itu kepada balai bomba yang terdekat.”.
s 20Pindaan seksyen 62
Seksyen 62 Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (1)(ca), dengan memasukkan selepas perkataan “penubuhan” perkataan “, tugas dan kuasa”;
dalam perenggan (1)(d), dengan memasukkan selepas perkataan “penubuhan” perkataan “, tugas dan kuasa”;
dalam perenggan (1)(e), dengan menggantikan perkataan
“dan Pegawai Bomba Bantuan” dengan perkataan
“, Pegawai Bomba Bantuan dan Pegawai Bomba Sukarela”;
Undang-Undang Malaysia 14
dalam perenggan (1)(f), dengan memasukkan selepas perkataan “Pegawai Bomba Bantuan” perkataan “dan
Pegawai Bomba Sukarela”; dan
dalam subseksyen (2)—
dengan menggantikan perkataan “satu ribu” dengan perkataan “sepuluh ribu”; dan
dengan menggantikan perkataan “enam bulan” dengan perkataan “tiga tahun”.
s 21Penggantian Jadual Kedua
Akta ibu dipinda dengan menggantikan Jadual Kedua dengan
Jadual yang berikut:
“Jadual Kedua
[Subseksyen 3(6)]
PANGKAT PEGAWAI BOMBA
Penguasa Bomba
Ketua Pesuruhjaya Bomba
Pesuruhjaya Bomba
Timbalan Pesuruhjaya Bomba
Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba
Penolong Pesuruhjaya Bomba
Penguasa Kanan Bomba I
Penguasa Kanan Bomba II
Penguasa Bomba
Penolong Penguasa Bomba
Timbalan Penguasa Bomba
Penolong Kanan Penguasa Bomba
Penolong Penguasa Bomba
Perkhidmatan Bomba (Pindaan)
Pegawai Bomba
Pegawai Bomba Tinggi
Pegawai Bomba Kanan I
Pegawai Bomba Kanan II
Pegawai Bomba
PANGKAT PEGAWAI BOMBA BANTUAN
Pegawai Bomba Bantuan Tinggi
Pegawai Bomba Bantuan Kanan I
Pegawai Bomba Bantuan Kanan II
Pegawai Bomba Bantuan
PANGKAT PEGAWAI BOMBA SUKARELA
Pegawai Bomba Sukarela Tinggi
Pegawai Bomba Sukarela Kanan I
Pegawai Bomba Sukarela Kanan II
Pegawai Bomba Sukarela”.
Mana-mana Pasukan Bomba Sukarela yang telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, disifatkan telah didaftarkan di bawah Akta ibu sebagaimana yang dipinda di bawah Akta ini.
Semua perkara yang berhubungan dengan Pasukan Bomba
Sukarela hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan di bawah Akta ibu sebagaimana yang dipinda di bawah Akta ini.