13. Pindaan seksyen 29
Feedback & supportSeksyen 29 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan
“kemudahan keselamatan diri, pencegahan kebakaran, perlindungan kebakaran dan menentang kebakaran yang mencukupi, mengikut mana-mana yang berkenaan,”
dengan perkataan “kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran”; dan
(b)
dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan
“kemudahan” dengan perkataan “kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran”.