Seksyen 22
Peruntukan kecualian dan peralihan
of Akta Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2018
Amendment ActIn forceProvision 22 of 22
Seksyen 22
(1)
Mana-mana Pasukan Bomba Sukarela yang telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, disifatkan telah didaftarkan di bawah Akta ibu sebagaimana yang dipinda di bawah Akta ini.
(2)
Semua perkara yang berhubungan dengan Pasukan Bomba
Sukarela hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan di bawah Akta ibu sebagaimana yang dipinda di bawah Akta ini.