Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

14. Pindaan seksyen 32

Feedback & support

Seksyen 32 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan

“kemudahan keselamatan, dsb.” dengan perkataan

“kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran”;

(b)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“kemudahan keselamatan diri, pencegahan kebakaran, perlindungan kebakaran dan menentang kebakaran”

dengan perkataan “kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran”;

(c)

dalam subseksyen (3)—

(i)

dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “facilities” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “fire-fighting equipment or fire safety installation”; dan

(ii)

dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “kemudahan” dan “kelengkapan”, masing-masing dengan perkataan “kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran”; dan

Undang-Undang Malaysia 12

(d)

dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan

“kemudahan” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan

“kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran”.

Report