Seksyen 10
Majlis Perkhidmatan Parlimen boleh menubuhkan jawatankuasa
of Akta Perkhidmatan Parlimen 2025
Majlis Perkhidmatan Parlimen boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa sebagaimana yang Majlis Perkhidmatan
Parlimen fikirkan perlu atau suai manfaat untuk membantu
Majlis Perkhidmatan Parlimen dalam melaksanakan fungsinya.
(2)
Majlis Perkhidmatan Parlimen boleh melantik mana-mana anggota Perkhidmatan Parlimen untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).
(3)
Majlis Perkhidmatan Parlimen boleh melantik mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).
(4)
Jawatankuasa hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan oleh Majlis Perkhidmatan
Parlimen.
(5)
Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perlu pada masa dan tempat sebagaimana yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa.
(6)
Jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa untuk menasihati jawatankuasa mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan.
(7)
Jawatankuasa boleh menentukan tatacaranya sendiri.
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 869