Skip to content

Seksyen 9

Jawatankuasa Rayuan Perkhidmatan Parlimen

of Akta Perkhidmatan Parlimen 2025

ActIn forceProvision 9 of 19
Seksyen 9
(1)

Hendaklah ada suatu Jawatankuasa Rayuan Perkhidmatan

Parlimen untuk menerima, menimbangkan dan memutuskan apa-apa rayuan yang dikemukakan oleh seseorang anggota Perkhidmatan

Parlimen terhadap keputusan Jawatankuasa Kenaikan Pangkat

Perkhidmatan Parlimen dan Jawatankuasa Tatatertib Perkhidmatan

Parlimen.

(2)

Jawatankuasa Rayuan Perkhidmatan Parlimen hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Yang di-Pertua Dewan Negara sebagai Pengerusi;

(b)

Yang di-Pertua Dewan Rakyat sebagai Pengerusi Bersama;

dan

(c)

tiga orang anggota Majlis Perkhidmatan Parlimen yang dilantik oleh Pengerusi dan Pengerusi Bersama

Majlis Perkhidmatan Parlimen.

(3)

Jika mana-mana anggota Jawatankuasa Rayuan Perkhidmatan

Parlimen mempunyai kepentingan langsung atau tidak langsung dalam apa-apa perkara yang sedang dipertimbangkan oleh

Jawatankuasa Rayuan Perkhidmatan Parlimen, anggota

Jawatankuasa Rayuan Perkhidmatan Parlimen itu hendaklah menzahirkan kepada Jawatankuasa Rayuan Perkhidmatan Parlimen fakta kepentingannya dan jenis kepentingan itu.

(4)

Suatu penzahiran di bawah subseksyen (3) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat yang penzahiran itu dibuat dan, selepas penzahiran itu, anggota Jawatankuasa

Rayuan Perkhidmatan Parlimen itu tidak boleh hadir dan mengambil bahagian dalam pertimbangtelitian atau keputusan

Jawatankuasa Rayuan Perkhidmatan Parlimen.

Perkhidmatan Parlimen 13

(5)

Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Perkhidmatan Parlimen hendaklah dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua

Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

(6)

Tiap-tiap anggota Jawatankuasa Rayuan Perkhidmatan

Parlimen yang hadir dalam mesyuarat berhak kepada satu undi.

(7)

Semua soalan yang dibangkitkan dalam mesyuarat

Jawatankuasa Rayuan Perkhidmatan Parlimen hendaklah diputuskan melalui undi majoriti anggota yang hadir dan mengundi, dan jika bilangan undi sama banyak, maka Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.