Seksyen 4
Fungsi dan kuasa Majlis Perkhidmatan Parlimen
of Akta Perkhidmatan Parlimen 2025
Fungsi Majlis Perkhidmatan Parlimen adalah seperti yang berikut:
(a)
untuk melantik dan untuk menentukan terma dan syarat pelantikan anggota Perkhidmatan Parlimen;
(b)
untuk mengawasi semua perkara kewangan yang berhubungan dengan Perkhidmatan Parlimen;
(c)
untuk membangunkan dan untuk melaksanakan program dan latihan yang berhubungan dengan Perkhidmatan
Parlimen; dan
(d)
untuk melakukan semua perkara yang suai manfaat atau semunasabahnya perlu bagi pengurusan hal ehwal
Perkhidmatan Parlimen.
(2)
Majlis Perkhidmatan Parlimen hendaklah mempunyai segala kuasa sebagaimana yang perlu bagi melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.