Seksyen 3
Majlis Perkhidmatan Parlimen
of Akta Perkhidmatan Parlimen 2025
Hendaklah ada suatu Majlis Perkhidmatan Parlimen yang hendaklah bertanggungjawab bagi perkara yang berhubungan dengan Perkhidmatan Parlimen.
(2)
Majlis Perkhidmatan Parlimen hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
(a)
Yang di-Pertua Dewan Negara sebagai Pengerusi;
(b)
Yang di-Pertua Dewan Rakyat sebagai Pengerusi Bersama;
(c)
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara;
(d)
dua orang Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat;
(e)
dua orang ahli Dewan Negara yang dinamakan oleh
Jawatankuasa Pemilih Dewan Negara dan diluluskan melalui suatu ketetapan Dewan Negara;
(f)
empat orang ahli Dewan Rakyat yang dua orang ialah ahli Kerajaan dan dua orang ialah ahli kumpulan pihak
Pembangkang, yang dinamakan oleh Jawatankuasa Pemilih
Dewan Rakyat dan diluluskan melalui suatu ketetapan
Dewan Rakyat;
(g)
Setiausaha Dewan Negara;
(h)
Setiausaha Dewan Rakyat;
Perkhidmatan Parlimen 7
(i)
Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau wakilnya sebagai anggota ex-officio;
(j)
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau wakilnya sebagai anggota ex-officio; dan
(k)
Ketua Pentadbir Parlimen sebagai anggota ex-officio.