Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Bahagian II · Peletakhakan Harta, Dsb., Pada Syarikat Pengendali

4. Pegangan permulaan Kerajaan dalam syarikat pengendali

Feedback & support
(1)

Sebagai akibat peletakhakan harta, hak dan liabiliti di bawah seksyen 3 pada syarikat pengendali, syarikat itu hendaklah menerbitkan apa-apa sekuriti syarikat itu kepada Perbadanan sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan, selepas berunding dengan Menteri, dari semasa ke semasa.

(2)

Sekuriti yang dikehendaki supaya diterbitkan menurut seksyen ini hendaklah diterbitkan atau diumpukkan pada masa dan atas terma, tentang pengumpukan, sebagaimana yang diarahkan oleh

Menteri Kewangan, setelah berunding dengan Menteri.

(3)

Syer yang diterbitkan menurut seksyen ini―

Akta Perkhidmatan-Perkhidmatan Lapangan Terbang dan 9

Penerbangan (Syarikat Pengendali) 1991

(a)

hendaklah daripada nilai nominal sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan; dan

(b)

hendaklah diterbitkan sebagai berbayar penuh dan dikira bagi maksud Akta Syarikat 1965 [Akta 125] seolah-olah ia telah dibayar menurut pembayaran nilai nominalnya kepada syarikat pengendali.

(4)

Menteri Kewangan boleh, selepas berunding dengan Menteri, melupuskan apa-apa sekuriti yang diterbitkan atau apa-apa hak ke atas sekuriti yang pada mulanya diumpukkan kepada Perbadanan menurut seksyen ini.

(5)

Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh

Perbadanan sebagai hak daripada, dengan pelupusan atau selainnya berkaitan dengan sekuriti atau hak yang diperoleh menurut kuasa seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

Report

Bahagian III

Peruntukan yang Berhubungan Dengan Kakitangan