Seksyen 6
Pelantikan wakil Kerajaan menganggotai lembaga syarikat pengendali
of Akta Perkhidmatan-Perkhidmatan Lapangan Terbang dan Penerbangan (Syarikat Pengendali) 1991
(1)
Menteri Kewangan boleh, dari semasa ke semasa, selagi
Kerajaan Malaysia memegang tidak kurang daripada lima peratus daripada kesemua sekuriti diterbitkan dalam syarikat pengendali, selepas berunding dengan Menteri, menamakan sekian bilangan orang yang sesuai untuk menjadi pengarah dalam lembaga syarikat itu.
(2)
Syarikat pengendali hendaklah menyebabkan tiap-tiap orang yang dinamakan oleh Menteri Kewangan di bawah subseksyen (1)
dilantik menganggotai lembaga syarikat itu.
(3)
Mana-mana orang yang dilantik menganggotai lembaga syarikat pengendali di bawah subseksyen (2) boleh, pada bila-bila masa, diberhentikan oleh Menteri Kewangan, selepas berunding dengan Menteri, dengan memberikan notis bertulis kepada orang itu dan syarikat itu.
Akta Perkhidmatan-Perkhidmatan Lapangan Terbang dan 11
Penerbangan (Syarikat Pengendali) 1991
(4)
Bagi maksud menentukan bilangan orang yang akan dilantik sebagai pengarah syarikat pengendali di bawah subseksyen (1),
Menteri Kewangan hendaklah mengambil kira jumlah bilangan sekuriti yang dipegang oleh Kerajaan Malaysia dan jumlah bilangan pengarah yang dilantik atau dicadangkan hendak dilantik oleh syarikat itu untuk menganggotai lembaganya, pada masa penamaan itu.
(5)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menyentuh apa-apa kuasa, hak atau keistimewaan yang diberikan kepada Kerajaan Malaysia oleh dokumen konstituen syarikat pengendali itu.