Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Bahagian II · Peletakhakan Harta, Dsb., Pada Syarikat Pengendali

7. Struktur kewangan syarikat pengendali

Feedback & support
(1)

Sekiranya Menteri Kewangan, selepas berunding dengan

Menteri, mengarahkan sedemikian pada bila-bila masa sebelum syarikat pengendali tidak lagi dipunyai sepenuhnya oleh Kerajaan

Malaysia, apa-apa jumlah wang, yang tidak melebihi untung terhasil terkumpul syarikat itu, yang dinyatakan dalam arahan itu hendaklah dipindahkan oleh syarikat itu ke dalam suatu rizab, yang dalam seksyen ini disebut “rizab statutori”.

(2)

Rizab statutori hanya boleh digunakan oleh syarikat pengendali untuk membayar syer belum terbit syarikat itu yang akan diumpukkan kepada anggota syarikat itu sebagai syer bonus berbayar penuh.

(3)

Bagi maksud mana-mana akaun statutori syarikat pengendali itu, nilai mana-mana aset atau hak atau amaun mana-mana liabiliti

Kerajaan Malaysia yang dikira telah terletak hak pada syarikat itu menurut kuasa seksyen 3 dalam mana-mana tahun tertentu hendaklah dikira sebagai nilai atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, amaun yang ditentukan untuk aset, hak atau liabiliti itu oleh Kerajaan

Malaysia sebelum tarikh peletakhakan.

(4)

Sebutan dalam seksyen ini tentang akaun statutori syarikat pengendali ialah sebutan tentang apa-apa akaun yang disediakan oleh syarikat pengendali bagi maksud mana-mana peruntukan Akta

Syarikat 1965.

12

Undang-Undang Malaysia AKTA 467

Report

Bahagian III

Peruntukan yang Berhubungan Dengan Kakitangan