Airport and Aviation Services (Operating Company) Act 1991 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Peletakhakan Harta, Dsb., Pada Syarikat Pengendali
5. Pelaburan Kerajaan dalam sekuriti syarikat pengendali
Feedback & supportMenteri Kewangan boleh, selepas berunding dengan
Menteri, pada bila-bila masa, memperoleh―
sekuriti syarikat pengendali atau mana-mana subsidiari syarikat pengendali; atau
hak untuk memohon beli mana-mana sekuriti sedemikian.
Menteri Kewangan boleh, selepas berunding dengan Menteri, melupuskan mana-mana sekuriti atau hak yang diperoleh di bawah seksyen ini.
Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh Perbadanan akibat peruntukan seksyen ini hendaklah dikira sebagai pelaburan dan telah dibenarkan di bawah subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta Prosedur
Kewangan 1957 [Akta 61].
Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh
Perbadanan sebagai hak daripada, dengan pelupusan atau selainnya
10
Undang-Undang Malaysia AKTA 467
berkaitan dengan apa-apa sekuriti atau hak yang diperoleh di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.
Duti setem tidak boleh dikenakan―
berkenaan dengan apa-apa pertambahan dalam modal syer dibenarkan syarikat pengendali yang―
dilaksanakan pada masa syarikat pengendali dipunyai sepenuhnya oleh Kerajaan; dan
diperakui oleh Perbendaharaan sebagai telah dilaksanakan melalui penerbitan syer yang dilanggani oleh Perbadanan di bawah perenggan
;
atas apa-apa surat cara yang diperakui oleh
Perbendaharaan sebagai telah dibuat atau dilaksanakan menurut seksyen 4.