Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian I · Permulaan
4. Tafsiran
Feedback & supportDalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“agensi pelaporan kredit” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 [Akta 710];
“Akta ini” termasuklah peraturan-peraturan, perintah, pemberitahuan dan perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini;
“daftar” ertinya Daftar Pengawal Data, Daftar Forum Pengawal
Data atau Daftar Tataamalan;
“data biometrik” ertinya apa-apa data peribadi yang terhasil daripada pemprosesan teknikal yang berhubungan dengan ciri-ciri fizikal, fisiologi atau tingkah laku seseorang;
“data peribadi” ertinya apa-apa maklumat yang berkenaan dengan transaksi komersial, yang—
sedang diproses secara keseluruhannya atau sebahagiannya melalui kelengkapan yang dikendalikan secara automatik sebagai tindak balas kepada arahan yang diberikan bagi maksud itu;
Undang-Undang Malaysia 14
direkodkan dengan niat bahawa ia sepatutnya diproses secara keseluruhannya atau sebahagiannya melalui kelengkapan itu; atau
direkodkan sebagai sebahagian daripada sistem pemfailan yang berkaitan atau dengan niat bahawa ia sepatutnya menjadi sebahagian daripada sistem pemfailan yang berkaitan, yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan seorang subjek data, yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat itu atau daripada maklumat itu dan maklumat lain dalam milikan seorang pengawal data, termasuk apa-apa data peribadi sensitif dan penyataan pendapat tentang subjek data itu; tetapi tidak termasuk apa-apa maklumat yang diproses bagi maksud suatu perniagaan pelaporan kredit yang dijalankan oleh sesuatu agensi pelaporan kredit di bawah Akta Agensi Pelaporan
Kredit 2010;
“data peribadi sensitif” ertinya apa-apa data peribadi yang mengandungi maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental seorang subjek data, pendapat politiknya, kepercayaan agamanya atau kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya, pelakuan atau pengataan pelakuan apa-apa kesalahan olehnya, data biometrik atau apa-apa data peribadi lain yang ditentukan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri di bawah Akta ini dan jika tiada cara disebut, ertinya ditetapkan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta;
“Jawatankuasa Penasihat” ertinya Jawatankuasa Penasihat
Perlindungan Data Peribadi yang ditubuhkan di bawah seksyen 70;
“kepentingan vital” ertinya perkara yang berhubungan dengan kehidupan, kematian atau keselamatan seorang subjek data;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Perlindungan Data
Peribadi yang ditubuhkan di bawah seksyen 61;
“menggunakan”, berhubung dengan data peribadi, tidak termasuk perbuatan mengumpul atau menzahirkan data peribadi itu;
Perlindungan Data Peribadi 15
“mengumpul”, berhubung dengan data peribadi, ertinya perbuatan yang melaluinya data peribadi itu termasuk ke dalam atau berada di bawah kawalan seorang pengawal data;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perlindungan data peribadi;
“menzahirkan”, berhubung dengan data peribadi, ertinya perbuatan yang melaluinya data peribadi itu disediakan oleh seorang pengawal data;
“orang yang berkaitan”, berhubung dengan seorang subjek data, dengan apa jua cara sekalipun diperihalkan, ertinya—
dalam hal seorang subjek data yang di bawah umur lapan belas tahun, ibu bapa, penjaga atau seseorang yang mempunyai tanggungjawab ibu bapa terhadap subjek data itu;
dalam hal seorang subjek data yang tidak berupaya menguruskan hal ehwalnya sendiri, seorang yang dilantik oleh mahkamah untuk menguruskan hal ehwal itu, atau seorang yang diberi kuasa secara bertulis oleh subjek data untuk bertindak bagi pihak subjek data itu; atau
dalam mana-mana hal lain, seorang yang diberi kuasa secara bertulis oleh subjek data untuk membuat suatu permintaan mengakses data, permintaan pembetulan data, atau kedua-dua permintaan itu, bagi pihak subjek data itu;
“pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pesuruhjaya di bawah seksyen 110;
“pelanggaran data peribadi” ertinya apa-apa pelanggaran data peribadi, kehilangan data peribadi, salah guna data peribadi atau akses tanpa kebenaran data peribadi;
“pembetulan”, berhubung dengan data peribadi, termasuklah pindaan, perubahan, ubah suaian atau pemotongan;
“peminta”, berhubung dengan suatu permintaan mengakses data, permintaan pembetulan data atau permintaan kemudahalihan data, ertinya subjek data atau orang yang berkaitan bagi pihak subjek data itu, yang membuat permintaan itu;
Undang-Undang Malaysia 16
“pemproses data”, berhubung dengan data peribadi, ertinya mana-mana orang, selain seorang pekerja pengawal data, yang memproses data peribadi itu semata-mata bagi pihak pengawal data itu, dan tidak memproses data peribadi itu bagi apa-apa maksud persendiriannya;
“pemprosesan”, berhubung dengan data peribadi, ertinya mengumpul, merekod, memegang atau menyimpan data peribadi itu atau menjalankan apa-apa pengendalian atau set pengendalian terhadap data peribadi itu, termasuk—
penyusunan, penyesuaian atau pengubahan data peribadi;
mendapatkan kembali, merujuk kepada atau menggunakan data peribadi;
penzahiran data peribadi melalui penghantaran, pemindahan, penyebaran atau selainnya menjadikannya tersedia; atau
penjajaran, penggabungan, pembetulan, pemadaman atau pemusnahan data peribadi;
“pendaftaran” ertinya pendaftaran seorang pengawal data di bawah seksyen 16;
“pengawal data” ertinya seseorang yang sama ada berseorangan atau bersesama atau bersama dengan orang lain memproses apa-apa data peribadi atau mempunyai kawalan terhadap atau membenarkan pemprosesan apa-apa data peribadi, tetapi tidak termasuk seorang pemproses data;
“pengawal data yang berkaitan”, berhubung dengan—
sesuatu pemeriksaan, ertinya pengawal data yang menggunakan sistem data peribadi yang menjadi subjek pemeriksaan itu;
sesuatu aduan, ertinya pengawal data yang dinyatakan dalam aduan itu;
sesuatu penyiasatan—
dalam hal suatu penyiasatan yang dimulakan dengan suatu aduan, ertinya pengawal data yang dinyatakan dalam aduan itu;
Perlindungan Data Peribadi 17
dalam mana-mana hal lain, ertinya pengawal data yang menjadi subjek penyiasatan itu;
sesuatu notis penguatkuasaan, ertinya pengawal data yang terhadapnya disampaikan notis penguatkuasaan itu;
“perniagaan pelaporan kredit” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010;
“Pesuruhjaya” ertinya Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi yang dilantik di bawah seksyen 47;
“pihak ketiga”, berhubung dengan data peribadi, ertinya mana-mana orang selain—
seorang subjek data;
seorang yang berkaitan yang berhubung dengan seorang subjek data;
seorang pengawal data;
seorang pemproses data; atau
seorang yang diberi kuasa secara bertulis oleh pengawal data untuk memproses data peribadi di bawah kawalan langsung pengawal data itu;
“sistem pemfailan yang berkaitan” ertinya apa-apa set maklumat yang berhubungan dengan individu setakat yang, walaupun maklumat itu tidak diproses melalui kelengkapan yang dikendalikan secara automatik sebagai tindak balas kepada arahan yang diberikan bagi maksud itu, set maklumat itu distrukturkan, sama ada dengan merujuk kepada individu atau dengan merujuk kepada kriteria yang berhubungan dengan individu, dengan apa-apa cara supaya maklumat khusus yang berhubungan dengan individu tertentu boleh diakses dengan mudah;
“subjek data” ertinya seseorang individu yang menjadi subjek data peribadi itu dan tidak termasuk individu yang telah meninggal dunia;
“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh atau tarikh-tarikh yang berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang padanya
Akta ini mula berkuat kuasa;
Undang-Undang Malaysia 18
“tataamalan” ertinya tataamalan perlindungan data peribadi berkenaan dengan suatu golongan pengawal data khusus yang didaftarkan oleh Pesuruhjaya menurut seksyen 23 atau yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya di bawah seksyen 24;
“transaksi komersial” ertinya apa-apa transaksi bersifat komersial, sama ada secara kontrak atau tidak, yang termasuk apa-apa perkara yang berhubungan dengan pembekalan atau pertukaran barang atau perkhidmatan, agensi, pelaburan, pembiayaan, perbankan dan insurans, tetapi tidak termasuk sesuatu perniagaan pelaporan kredit yang dijalankan oleh sesuatu agensi pelaporan kredit di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010.