Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian V · Kumpulan Wang Perlindungan Data Peribadi
61. Penubuhan Kumpulan Wang
Feedback & supportBagi maksud Akta ini, suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan Wang Perlindungan Data Peribadi”
ditubuhkan.
Kumpulan Wang hendaklah dikawal, disenggarakan dan dikendalikan oleh Pesuruhjaya.
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan oleh Parlimen bagi maksud Akta ini dari semasa ke semasa;
fi, kos dan apa-apa caj lain yang dikenakan oleh atau kena dibayar kepada Pesuruhjaya di bawah Akta ini;
semua wang yang diperoleh daripada penjualan, pelupusan, pemajakan, penyewaan atau apa-apa urus niaga lain mengenai harta alih atau tak alih yang terletak hak atau diperoleh oleh Pesuruhjaya;
semua wang yang dibayar kepada Pesuruhjaya dari semasa ke semasa bagi pinjaman yang diberikan oleh Pesuruhjaya;
dan
semua jumlah wang atau harta lain yang boleh dalam apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Pesuruhjaya berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya.