Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian VIII · Pemeriksaan, Aduan dan Penyiasatan
101. Pemeriksaan sistem data peribadi
Feedback & supportPesuruhjaya boleh menjalankan suatu pemeriksaan mengenai—
mana-mana sistem data peribadi yang digunakan oleh pengawal data bagi maksud menentukan maklumat untuk membantu Pesuruhjaya dalam membuat syor kepada pengawal data yang berkaitan yang berhubungan dengan penggalakan pematuhan peruntukan Akta ini, khususnya
Prinsip Perlindungan Data Peribadi, oleh pengawal data yang berkaitan; atau
Undang-Undang Malaysia 76
mana-mana sistem data peribadi yang digunakan oleh pengawal data yang tergolong dalam golongan pengawal data bagi maksud menentukan maklumat untuk membantu
Pesuruhjaya dalam membuat syor kepada golongan pengawal data yang dalamnya pengawal data yang berkaitan tergolong yang berhubungan dengan penggalakan pematuhan peruntukan Akta ini, khususnya Prinsip
Perlindungan Data Peribadi, oleh golongan pengawal data yang dalamnya pengawal data yang berkaitan tergolong.
Bagi maksud seksyen ini—
“pengawal data” termasuk pemproses data;
“sistem data peribadi” ertinya apa-apa sistem, sama ada berautomasi atau selainnya, yang digunakan, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, oleh seorang pengawal data bagi pemprosesan data peribadi, dan termasuk rekod yang disenggarakan di bawah seksyen 44 dan apa-apa dokumen dan kelengkapan yang menjadi sebahagian daripada sistem itu.