Skip to content
In forceUpdated to 15 Sep 2026Read it in English

Bahagian III · Pengecualian

45. Pengecualian

Feedback & support
(1)

Data peribadi yang diproses oleh seseorang individu hanya bagi maksud hal ehwal peribadi, keluarga atau rumah tangga individu itu, termasuk bagi maksud rekreasi, hendaklah dikecualikan daripada peruntukan Akta ini.

(2)

Tertakluk pada seksyen 46, data peribadi—

(a)

yang diproses bagi—

(i)

pencegahan atau pengesanan jenayah atau bagi maksud penyiasatan;

(ii)

penangkapan atau pendakwaan pesalah; atau

(iii)

pentaksiran atau pemungutan apa-apa cukai atau duti atau apa-apa pengenaan lain yang serupa jenisnya, hendaklah dikecualikan daripada Prinsip Am, Prinsip Notis dan Pilihan, Prinsip Penzahiran dan Prinsip Akses dan peruntukan lain Akta ini yang berkaitan;

Undang-Undang Malaysia 52

(b)

yang diproses berhubung dengan maklumat mengenai kesihatan fizikal atau mental seorang subjek data hendaklah dikecualikan daripada Prinsip Akses dan peruntukan lain

Akta ini yang berkaitan yang pemakaian peruntukan itu kepada subjek data mungkin akan menyebabkan kemudaratan yang teruk kepada kesihatan fizikal atau mental subjek data itu atau mana-mana individu lain;

(c)

yang diproses bagi menyediakan statistik atau menjalankan penyelidikan hendaklah dikecualikan daripada Prinsip

Am, Prinsip Notis dan Pilihan, Prinsip Penzahiran dan

Prinsip Akses dan peruntukan lain Akta ini yang berkaitan, dengan syarat bahawa data peribadi itu tidak diproses bagi apa-apa maksud lain dan bahawa statistik yang terhasil atau dapatan penyelidikan itu tidak dijadikan tersedia dalam suatu bentuk yang mengenal pasti subjek data itu;

(d)

yang perlu bagi maksud atau yang berkaitan dengan apa-apa perintah atau penghakiman suatu mahkamah hendaklah dikecualikan daripada Prinsip Am, Prinsip

Notis dan Pilihan, Prinsip Penzahiran dan Prinsip Akses dan peruntukan lain Akta ini yang berkaitan;

(e)

yang diproses bagi maksud menunaikan fungsi pengawalseliaan hendaklah dikecualikan daripada Prinsip

Am, Prinsip Notis dan Pilihan, Prinsip Penzahiran dan Prinsip Akses dan peruntukan lain Akta ini yang berkaitan jika pemakaian peruntukan itu kepada data peribadi mungkin akan menjejaskan penunaian fungsi itu dengan sepatutnya; atau

(f)

yang diproses hanya bagi maksud kewartawanan, kesusasteraan atau kesenian hendaklah dikecualikan daripada Prinsip Am, Prinsip Notis dan Pilihan, Prinsip

Penzahiran, Prinsip Penyimpanan, Prinsip Integriti Data dan Prinsip Akses dan peruntukan lain Akta ini yang berkaitan, dengan syarat bahawa—

(i)

pemprosesan itu dijalankan dengan tujuan penyiaran bahan kewartawanan, kesusasteraan atau kesenian itu oleh mana-mana orang;

Perlindungan Data Peribadi 53

(ii)

pengawal data mempercayai dengan semunasabahnya bahawa, dengan mengambil kira betapa mustahaknya kepentingan awam dalam kebebasan bersuara, penyiaran itu berkepentingan awam;

dan

(iii)

pengawal data mempercayai dengan semunasabahnya bahawa dalam segala hal keadaan itu, pematuhan peruntukan yang berkenaan dengannya pengecualian dituntut adalah tidak bersesuaian dengan maksud kewartawanan, kesusasteraan atau kesenian itu.

Report

Bahagian IV

Pelantikan, Fungsi dan Kuasa Pesuruhjaya

Bahagian V

Kumpulan Wang Perlindungan Data Peribadi

Bahagian VI

Jawatankuasa Penasihat Perlindungan Data Peribadi

Bahagian VII

Tribunal Rayuan

Bahagian VIII

Pemeriksaan, Aduan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Kecualian dan Peralihan