Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian III · Pengecualian
46. Kuasa untuk membuat pengecualian tambahan
Feedback & support(1)
Menteri boleh, atas syor Pesuruhjaya, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengecualikan—
(a)
pemakaian mana-mana Prinsip Perlindungan Data Peribadi di bawah Akta ini bagi mana-mana pengawal data atau golongan pengawal data; atau
(b)
mana-mana pengawal data atau golongan pengawal data daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini.
(2)
Menteri boleh mengenakan apa-apa terma atau syarat yang difikirkannya patut berkenaan dengan mana-mana pengecualian yang dibuat di bawah subseksyen (1).
(3)
Menteri boleh pada bila-bila masa, atas syor Pesuruhjaya, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membatalkan mana-mana perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1).