Skip to content
In forceUpdated to 15 Sep 2026Read it in English

Bahagian V · Kumpulan Wang Perlindungan Data Peribadi

69. Perbelanjaan dan penyediaan anggaran

Feedback & support
(1)

Perbelanjaan Pesuruhjaya setakat apa-apa amaun yang dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang.

(2)

Sebelum 1 Jun setiap tahun, Pesuruhjaya hendaklah mengemukakan suatu anggaran perbelanjaan bagi tahun yang berikutnya kepada Menteri mengikut apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir-butir yang diarahkan oleh Menteri.

Perlindungan Data Peribadi 63

(3)

Menteri hendaklah, sebelum 1 Januari tahun yang berikutnya, memberitahu Pesuruhjaya amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan secara amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan berdasarkan anggaran yang disediakan di bawah subseksyen (2).

(4)

Pesuruhjaya boleh pada bila-bila masa mengemukakan suatu anggaran perbelanjaan tambahannya bagi mana-mana satu tahun kepada Menteri dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan termasuk dalam anggaran tambahan itu.

Report

Bahagian VI

Jawatankuasa Penasihat Perlindungan Data Peribadi

Bahagian VII

Tribunal Rayuan

Bahagian VIII

Pemeriksaan, Aduan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Kecualian dan Peralihan