Money Services Business Act 2011 · Updated to 1 Oct 2015 · Bahagian III · Perniagaan Perkhidmatan Wang
23. Section 23
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
(1)
Tiada seorang pun boleh, tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada
Bank, menggunakan perkataan
“perniagaan perkhidmatan wang”, “pengurup wang”, “tukaran mata wang”, “tukaran wang”, “peniaga mata wang asing”, “tukaran mata wang asing”, “bureau de change”, “perkhidmatan pengiriman wang”, pindahan wang”, “kiriman wang”, “pindahan dana”, “peniaga mata wang asing borong” atau apa-apa terbitannya dalam mana-mana bahasa, atau apa-apa perkataan lain dalam mana-mana bahasa yang dapat ditafsirkan sebagai menunjukkan penjalanan perniagaan perkhidmatan wang, berhubungan dengan perniagaannya, atau dalam nama, perihalan atau tajuk yang di bawahnya ia menjalankan perniagaan atau membuat apa-apa pernyataan yang memberikan kesan sedemikian dalam apa-apa kepala bil, surat, notis atau iklan atau dalam apa-apa cara lain.
Subseksyen (1) tidak terpakai bagi seseorang pemegang lesen, seseorang ejen perniagaan perkhidmatan wang, sesuatu persatuan pemegang lesen bagi perniagaan perkhidmatan wang, sesuatu persatuan pekerja pemegang lesen bagi perniagaan perkhidmatan wang dan seseorang peniaga yang diberi kuasa.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi
Perniagaan Perkhidmatan Wang 33
lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Bahagian IV
Perniagaan Pengiriman Wang
Bahagian V
Ejen Perniagaan Perkhidmatan Wang
Bahagian VI
Pemeriksaan
Bahagian VII
Penyiasatan dan Penguatkuasaan
Bahagian VIII
Kuasa-Kuasa Lain Bank
Bahagian IX
Pelbagai
Bahagian X