Money Services Business Act 2011 · Updated to 1 Oct 2015 · Bahagian III · Perniagaan Perkhidmatan Wang
32. Pemegang syer pemegang lesen
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seseorang pemegang lesen tidak boleh membenarkan mana-mana syernya diperoleh oleh mana-mana orang melainkan jika orang itu memenuhi kriteria minimum orang yang “layak dan sesuai”
sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank.
Seseorang pemegang lesen hendaklah mendapatkan kelulusan bertulis daripada Bank terlebih dahulu bagi mana-mana pemegang syer substansial yang baru.
Bank hendaklah mempunyai budi bicara penuh untuk menentukan sama ada seseorang itu telah memenuhi kriteria minimum orang yang “layak dan sesuai” di bawah subseksyen (1).
Jika seseorang pemegang syer tidak memenuhi kriteria miminum orang yang “layak dan sesuai” sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank semasa perjalanan perniagaan perkhidmatan wang, pemegang lesen itu hendaklah memaklumkan hakikat sedemikian kepada Bank secara bertulis dengan seberapa segera yang mungkin dan pemegang syer itu hendaklah melupuskan pemegangan syernya dalam pemegang lesen itu dengan seberapa segera yang mungkin.
Bagi maksud seksyen ini—
“pemegang syer” termasuklah mana-mana orang yang bertindak bersama-sama dengan pemegang syer itu; dan
“orang yang bertindak bersama-sama” ertinya seseorang yang telah membuat suatu perjanjian atau perkiraan untuk—
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 731
memperoleh secara bersesama atau berasingan kepentingan dalam syer sesuatu perbadanan bagi maksud mendapatkan atau menyatukan kawalan ke atas perbadanan itu; atau
bertindak secara bersesama bagi maksud melaksanakan kawalan ke atas sesuatu perbadanan melalui kepentingan dalam syer perbadanan itu yang telahpun dipegang oleh mereka secara bersesama atau berasingan, dan tanpa menjejaskan keluasan perenggan ini, orang yang berikut hendaklah dianggap sebagai orang yang bertindak bersama-sama melainkan jika yang sebaliknya dibuktikan:
sesuatu perbadanan dan perbadanan berkaitannya dan sekutunya;
sesuatu perbadanan dan mana-mana pengarahnya, atau ibu atau bapa, anak, abang atau adik lelaki ataupun kakak atau adik perempuan mana-mana pengarahnya, atau suami atau isteri kepada mana-mana pengarah itu atau mana-mana saudara yang sedemikian, bagi mana-mana amanah berkaitan;
sesuatu perbadanan dan apa-apa kumpulan wang pencen yang ditubuhkan olehnya;
seseorang dan mana-mana syarikat pelaburan, unit amanah atau kumpulan wang lain yang pelaburannya diuruskan oleh orang itu berdasarkan budi bicara;
atau
seseorang penasihat kewangan dan kliennya yang merupakan suatu perbadanan, yang penasihat kewangan itu menguruskan wang kliennya berdasarkan budi bicara dan mempunyai sepuluh peratus atau lebih kepentingan dalam syer klien itu.
Perniagaan Perkhidmatan Wang 43
Seseorang pemegang lesen yang melanggar subseksyen (1),
atau (4) melakukan suatu kesalahan.
Bahagian IV
Perniagaan Pengiriman Wang
Bahagian V
Ejen Perniagaan Perkhidmatan Wang
Bahagian VI
Pemeriksaan
Bahagian VII
Penyiasatan dan Penguatkuasaan
Bahagian VIII
Kuasa-Kuasa Lain Bank
Bahagian IX
Pelbagai
Bahagian X