Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2015Read it in English
Contents

Bahagian III · Perniagaan Perkhidmatan Wang

33. Membuat perubahan dalam struktur pemegangan syer

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), seseorang pemegang lesen hendaklah memberitahu Bank secara bertulis mengenai apa-apa perubahan dalam pemegang syernya dan struktur pemegangan syernya tidak lewat daripada empat belas hari selepas perubahan itu berkuat kuasa.

(2)

Seseorang pemegang lesen tidak boleh membuat sesuatu perubahan dalam pemegang syernya dan struktur pemegangan syernya jika perubahan itu akan mengakibatkan perubahan dalam kawalan perniagaan perkhidmatan wangnya tanpa mendapatkan kelulusan bertulis daripada Bank terlebih dahulu.

(3)

Bank boleh, pada bila-bila masa selepas menerima suatu permohonan di bawah subseksyen (2), menghendaki pemegang lesen itu supaya mengemukakan maklumat atau dokumen tambahan sebagaimana yang dikehendaki oleh Bank.

(4)

Seseorang pemegang lesen yang melanggar subseksyen (1)

atau (2) melakukan suatu kesalahan.

Report

Bahagian IV

Perniagaan Pengiriman Wang

Bahagian V

Ejen Perniagaan Perkhidmatan Wang

Bahagian VI

Pemeriksaan

Bahagian VII

Penyiasatan dan Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Kuasa-Kuasa Lain Bank

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian X

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules