Seksyen 6
of Akta Persatuan Nelayan 1971
Seksyen 6
Hendaklah dilantik seorang Pendaftar Persatuan Nelayan dan beberapa orang Penolong Pendaftar dengan mempunyai apa-apa kuasa Pendaftar di bawah Akta ini sebagaimana yang dinyatakan oleh
Menteri.
(2)
Semua pelantikan di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta.
(3)
Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia hendaklah menjadi Pendaftar.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 44
(4)
Pendaftar boleh secara bertulis mewakilkan kepada mana-mana orang, termasuk mana-mana pegawai dalam perkhidmatan awam dalam Negeri-Negeri Sabah dan Sarawak, mana-mana daripada kuasanya di bawah Akta ini kecuali kuasanya untuk menggantung atau membubarkan mana-mana Persatuan Nelayan.