Seksyen 15
of Akta Persatuan Nelayan 1971
ActIn forceProvision 18 of 42
Seksyen 15
(1)
Mana-mana Persatuan Nelayan Kawasan boleh memberikan notis mengikut kaedah-kaedah persatuan itu berkenaan dengan cadangannya hendak mengadakan suatu mesyuarat agung khas persatuan itu di mana suatu ketetapan khas untuk bergabung dengan
Persatuan Nelayan Kawasan yang lain akan dicadangkan.
(2)
Dalam mesyuarat setiap Persatuan Nelayan Kawasan yang tersebut di atas suatu ketetapan khas hendaklah dicadangkan bagi pergabungan itu dan bahawa suatu permohonan hendaklah dibuat kepada Pendaftar bagi maksud itu.