Seksyen 12
of Akta Persatuan Nelayan 1971
Seksyen 12
Setiap Persatuan Nelayan hendaklah dikelolakan oleh suatu
Lembaga Pengarah yang dipilih atau dilantik mengikut, dan mempunyai kuasa yang ditetapkan oleh, perlembagaan atau kaedah-kaedah persatuan itu.
(2)
Bagi maksud menjalankan urusan setiap persatuan itu, hendaklah ada seorang Pengurus Besar dan pegawai dan penjawat
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 44
lain bagi persatuan itu yang dilantik mengikut perlembagaan atau kaedah-kaedah persatuan itu.
(3)
Tanggungjawab dan kewajipan Pengurus Besar, pegawai dan
Lembaga Pengarah yang tersebut di atas itu hendaklah mengikut perlembagaan atau kaedah-kaedah persatuan itu.
(4)
Pengarah hendaklah memegang jawatan, boleh meletakkan jawatan dan boleh dipecat daripada jawatan mengikut perlembagaan atau kaedah-kaedah persatuan itu.
(5)
Jawatan seseorang Pengarah hendaklah disifatkan sebagai dikosongkan dalam mana-mana hal keadaan yang berikut:
(a)
jika dia menjadi bankrap;
(b)
jika dia disabitkan atas sesuatu kesalahan jenayah berkenaan dengan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
(c)
jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran;
(d)
jika dia terhenti menjadi seorang warganegara Malaysia atau ahli sesuatu Persatuan Nelayan Kawasan;
(e)
jika dia menjadi gila;
(f)
jika dia menjadi seorang pekerja bagi persatuan itu; atau
(g)
jika dia mengambil bahagian dalam apa-apa jua urusan atau bertindak secara yang, pada pendapat Menteri, mendatangkan mudarat kepada kepentingan persatuan itu.
Kumpulan wang Persatuan Nelayan