10. Pindaan seksyen 13
Feedback & supportSeksyen 13 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan subseksyen (1a) dengan subseksyen yang berikut:
“(1a) Bagi maksud subseksyen (2) hendaklah ditubuhkan suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai
Jawatankuasa Kelayakan Perubatan yang terdiri daripada ahli yang berikut:
Yang Dipertua sebagai Pengerusi;
empat orang ahli Majlis yang dinamakan daripada dan mewakili universiti tempatan dan kolej universiti yang diiktiraf dan dilantik oleh
Pengerusi;
empat orang wakil daripada Kementerian Kesihatan; dan
empat orang ahli Majlis yang lain yang dinamakan daripada mereka yang tidak mewakili universiti tempatan dan kolej universiti yang diiktiraf dan dilantik oleh Pengerusi.”;
22
Undang-Undang Malaysia
dalam subseksyen (2)—
dengan menggantikan perkataan “Lembaga”
di mana-mana jua terdapat dengan perkataan
“Jawatankuasa”; dan
dengan menggantikan perkataan “sebagai keterangan mengenai hal itu” dengan perkataan “yang ditentukan oleh Majlis dari semasa ke semasa”;
dalam subseksyen (4), dengan memasukkan selepas perkataan
“kehilangan upaya anggotanya” perkataan “atau apa-apa sebab lain yang ditentukan oleh Majlis”;
dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:
“(4a) Walau apa pun perenggan 12(1)(aaa), Majlis boleh mempertimbangkan mana-mana orang yang bukan warganegara dan bukan suami atau isteri seorang warganegara yang sedang mengikuti pengajian di mana-mana institut latihan tempatan yang diiktiraf untuk didaftarkan sementara bagi maksud untuk mendapatkan pengalaman yang dinyatakan dalam subseksyen (2).”; dan
dalam subseksyen (9), dengan menggantikan perkataan
“perubatan, pembedahan atau obstetrik dan ginekologi”
dengan perkataan “Perubatan”.