Skip to content

Seksyen 17

Penggantian seksyen 21

of Akta Perubatan (Pindaan) 2012

Amendment ActIn forceProvision 18 of 43
Seksyen 17

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 21 dengan seksyen yang berikut:

“Senarai pengamal perubatan berdaftar penuh yang dikeluarkan kepadanya perakuan pengamalan tahunan

Quoted provision

Seksyen 21

(1)

Pendaftar hendaklah menyenggara suatu senarai atau senarai-senarai nama, alamat, kelulusan, tarikh kelulusan dan tarikh pendaftaran penuh semua orang yang dikeluarkan kepadanya perakuan pengamalan tahunan bagi tahun itu.

(2)

Senarai itu hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai butir-butir yang terkandung dalamnya.

(3)

Perakuan itu yang ditandatangani oleh Pendaftar mengenai butir-butir yang terdapat dalam Daftar berkenaan dengan mana-mana orang hendaklah menjadi keterangan muktamad mengenai butir-butir itu.”.

Pindaan seksyen 22