9. Pindaan seksyen 12
Feedback & supportSeksyen 12 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1)—
dalam subperenggan (a)(i), dengan memasukkan selepas perkataan “dalam Jadual itu” perkataan
“untuk suatu tempoh pengiktirafan yang hendaklah ditentukan oleh Majlis”;
dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan (aa) dan memasukkan selepas perenggan itu perenggan yang berikut:
“ (aaa) dia seorang warganegara atau suami atau isteri seorang warganegara atau seorang penduduk tetap;”; dan 21
Perubatan (Pindaan)
dengan menggantikan noktah di hujung perenggan
dengan perkataan “; dan” dan memasukkan selepas perenggan itu perenggan yang berikut:
“(c) dia membuktikan sehingga Majlis berpuas hati bahawa dia layak dan mempunyai akhlak yang baik;” dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Suatu permohonan bagi pendaftaran sementara sebagai pengamal perubatan hendaklah dibuat kepada
Pendaftar dalam bentuk dan cara yang ditetapkan dan disertai dengan dokumen dan butir-butir dan pembayaran fi sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.”.