Seksyen 43
Kesalahan kerana memberikan maklumat palsu atau mengelirukan
of Akta Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 2008
Mana-mana orang yang menzahirkan atau memberikan, atau menyebabkan mana-mana orang untuk menzahirkan atau memberikan, maklumat kepada Pihak Berkuasa yang diketahuinya atau yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai adalah palsu atau mengelirukan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
(2)
Jika seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) ialah seorang yang profesionnya dikawal selia oleh mana-mana undang-undang bertulis, dia boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.
(3)
Mana-mana syarikat atau perbadanan yang menzahirkan atau memberikan, atau menyebabkan mana-mana orang untuk menzahirkan atau memberikan, maklumat kepada Pihak Berkuasa yang diketahuinya atau yang ia mempunyai sebab untuk mempercayai adalah palsu atau mengelirukan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit.
*CATATAN—Akta ini telah menggantikan Akta Syarikat 1965 [Akta 125]—lihat subseksyen 620(1)
Akta 777.
Undang-Undang Malaysia 46
Akta 687