Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2018Read it in English

Bahagian VII

45. Obligasi kerahsiaan

Feedback & support
(1)

Kecuali bagi mana-mana maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, tiada anggota, pegawai atau pekhidmat

Pihak Berkuasa, anggota sesuatu jawatankuasa atau orang yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Pihak Berkuasa atau mana-mana jawatankuasa boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang telah diperolehnya semasa melaksanakan kewajipannya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Undang-Undang Malaysia 48

Report