Skip to content

Seksyen 47

Perlindungan terhadap tindakan guaman dan prosiding undang-undang

of Akta Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 2008

ActIn forceProvision 47 of 52
Seksyen 47

Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dibuat dalam mana-mana mahkamah terhadap—

(a)

Perdana Menteri;

(b)

Pihak Berkuasa;

(c)

mana-mana anggota Pihak Berkuasa, mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Pihak Berkuasa; atau

(d)

mana-mana orang lain yang bertindak dengan sah bagi pihak Pihak Berkuasa, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian, keingkaran atau peninggalan yang dilakukan olehnya dengan suci hati atas sifat yang sedemikian.

Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 49

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948