Medical Device Authority Act 2012 · Updated to 1 Jul 2020 · Bahagian II · Pihak Berkuasa
3. Penubuhan Pihak Berkuasa
Feedback & supportSuatu pertubuhan perbadanan dengan nama “Pihak Berkuasa
Peranti Perubatan” ditubuhkan.
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 9
Pihak Berkuasa adalah kekal turun-temurun dan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan.
Pihak Berkuasa boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas nama perbadanannya.
Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Pihak Berkuasa, boleh, atas apa-apa terma yang disifatkannya patut—
membuat kontrak;
memperoleh, membeli, mengambil, mencagar, memegang, menjual dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan tak alih; dan
memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan, atau selainnya melupuskan, atau memperlakukan mana-mana harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan dalamnya yang terletak hak pada Pihak Berkuasa.