Seksyen 12
of Akta Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 2012
Seksyen 12
Pihak Berkuasa hendaklah mempunyai segala fungsi dan kuasa yang dikenakan ke atasnya di bawah undang-undang peranti perubatan dan hendaklah juga mempunyai fungsi yang berikut:
(a)
melaksanakan dan menguatkuasakan dan menimbangkan dan mengesyorkan pembaharuan kepada undang-undang peranti perubatan;
(b)
untuk mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan peranti perubatan, industri peranti perubatan dan aktivitinya;
(c)
untuk menggalakkan dan mempromosi pembangunan peranti perubatan, industri peranti perubatan dan aktivitinya termasuklah dalam bidang penyelidikan dan latihan;
(d)
untuk memberi perkhidmatan perundingan dan nasihat dan apa-apa perkhidmatan lain berhubung dengan peranti perubatan, industri peranti perubatan dan aktivitinya;
(e)
untuk menggunakan segala harta Pihak Berkuasa, harta alih dan tak alih, mengikut apa-apa cara yang difikirkan suai manfaat oleh Pihak Berkuasa termasuk mendapatkan pinjaman bagi menggadai janji apa-apa harta;
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 17
(f)
untuk mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa; dan
(g)
untuk memberi pinjaman dan biasiswa kepada pekhidmat
Pihak Berkuasa bagi apa-apa maksud sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri.
(2)
Pihak Berkuasa hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu, bagi atau berkaitan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.