Seksyen 16
of Akta Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 2012
Seksyen 16
Menteri hendaklah melantik seorang yang mempunyai kelayakan saintifik, pengetahuan teknikal dan pengalaman dalam bidang peranti perubatan atau perkara yang berhubungan dengan peranti perubatan untuk menjadi Ketua Eksekutif bagi menjalankan fungsi Pihak Berkuasa atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan wajar.
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 19
(2)
Semasa ketiadaan Ketua Eksekutif atas apa-apa sebab, Menteri hendaklah melantik seorang pegawai Pihak Berkuasa untuk melaksanakan tugas-tugas Ketua Eksekutif.
(3)
Pihak Berkuasa hendaklah meletakhakkan pada ketua eksekutif apa-apa fungsi dan kuasa Pihak Berkuasa di bawah Akta ini.
(4)
Ketua
Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan fungsi dan hal ehwal hari ke hari Pihak
Berkuasa pada keseluruhannya.
(5)
Ketua Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai dan pekhidmat Pihak Berkuasa.
(6)
Ketua Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain yang diarahkan oleh Menteri atau Pihak Berkuasa.